Thursday, April 28, 2011

Hadiah Hari Jadi

Mesti korang tertunggu2 kan apa yang aku dapat sebelum birthday and hari 27 APRIL 2011 tu? haa! Aku nak share dengan korang. Sekian lama aku tunggu, tunggu dan tunggu. Akhirnya sampai jua ke tangan. hehe!! Masa birthday tu, tak sambut pun, just terima hadiah Wish oleh rakan2 and facebookgers yang lain. Mama cakap suruh bawak member sorang ( Syazwan ) member kolej aku yang boleh dapatkan harga hadiah aku tu dengan harga yang paling murah. So, aku pun calling2 lar. Awal pagi lagi ( takde lar pagi sangat..tengahari jugak lar aku  bangun..hehe!! ) aku kejut kakak aku yang tengah tidur. ( kiteorang bangun lambat sebab malam tu kakak aku keje ok!! ) then siap2 sume, aku, adik aku ( Izey ) and kakak aku ( Nadira ) jalan2 kat Pertama Kompleks. Punya lah Jem nak MAM!! sebab tengahari kan? lagi2 hari sabtu. memang ramai lar. Ehh!! jap, panjang pulak cite aku nih. hehe!!

My Love Muhammad Syah Irwan bagi aku ni


Hadiah ni nampak simple, tapi sebenarnya, dalam tu ada macam2. Tapi aku tak bukak lagi. Sayang woo!! nanti bila2 aku rasa nak bukak, aku bukak lar. hehe!!! And kad tu di tuliskan oleh ( orang kedai ) hehe..


Sweet kan? hahahha!!! ( Uwweekkkk!!!!)

Apa yang orang bagi, aku hargai. Tak kesah la Apa barang sekali pun. Aku terima jer. haa!! cite aku belum habis lagi. Ni baru Dia yang bagi, belum lagi pemberian kakak aku.

Aku nak share dengan korang jugak. And benda ni lar aku ajak member aku syazwan tadi. Dia ada satu kedai ni, jual barang2 and boleh dapat murah. Banyak kedai kitaorang pegi sebelum nak beli. Mesti la kena tanya harga dulu kan? takkan nak Selumber badak beli jer. kang tak pasal2 kena tipu. hahah!!

Ni yang kakak Aku bagi sebagai Hadiah, Walaupun aku memang tunggu lama. hehe!!


Ok tak? 

Haa!! aku nak camera DSLR ni bukan sebab suka2 or nak market2 or bajet2. No! No! No! Aku perlukan benda ni untuk masa depan aku jugak. Memang kitaorang tak mampu beli dalam sekelip mata. Tapi dengan usaha, sesape pun boleh berjaya kan? Punca aku dapat ni pun sebab Birthday aku, tu satu la, yang paling penting sebab aku dapat camera ni. result Final Sem 1 aku yang memuaskan. Tapi takde lar Cemerlang. huhu!! setakat B+ je pun. 


Kalau dari kedai, macam ni la ngupenye!!
( Tapi ni  bukan aku punya )

Jom kita testing2 power nak?


Nampak segala jerawat yang ada. hehe!!

Kalau nak cerita pasal harga. hmm, jangan cakap lar. Ada yang mampu, ada yang tak. Sedangkan aku sendiri pun tak mampu nak beli. Melainkan dengan Usaha sendiri. Kalau untuk student, Orang kedai suggest beli Nikon. Sebab Barang murah. Kualiti pun bagus, sebab tu kalau kita tengok budak2 sekolah kat luar sana dah boleh bawak NIKON sebesar2 alam and Gantung kat tepi badan. 

Dorang jugak bukan ada yang sengaja mengedik2 bawak nak tunjuk, maybe dorang amek partime ker. haha! aku pun tak tau. Itu saje untuk hari ni bye all!!! thankyou for reading!!







Friday, April 22, 2011

Luahan hati seorang insan yang bernama Nasya.

haha! tak boleh blah jer tajuk di atas tu ye? sempena 22 april 2011 ni sekarang pukul 9.12pm, aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca blog aku yang tak seberapa ni. Even folowers ade 9 jer, aku tau ade yang sanggup baca dalam senyap. terima kasih banyak2. hari ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR to abang kesayangan aku iaitu ALIFF AIDIL ISKANDAR pada 23 APRIL 2011. iaitu besok hari. Korang mesti terkejut kan tetiber aku ada abang? yup!!! Aku tak pernah anggap dia Kazen aku. Sebab Aku rasa dia lah abang yang paling terbaik pernah aku ada, walaupun dia kazen aku.


Ada orang cakap muka kitaorang sama. yeker?

Kalau sama, Alhamdulilah lar, sebab aku  memang rapat dengan dia sejak kecik lagi. sejak arwah atuk ada. oh. sedih bila teringat kisah lama. Kalau lah arwah atuk ada :'(  And tak habis lagi cerita aku nih. Pada 27 APRIL 2011 iaitu pada hari rabu, tarikh lahir aku pulak. manalah kitaorang ni tak menyengal kalau jumpa. Kalau ada Family gathering, aku akan cari dia and salam tangan dia dulu, then wan(nenek). ibu, ayahcu, and lain2 seumpamanya. Aku ni tak payah disuruh pun. aku yang kejar tangan orang nak salam. hehe!!! And pada hari ini jugak, adalah hari yang terakhir aku update blog aku. sebab aku rasa macam takde yang menarik pun. hehe!! tak lah!! (orang tersayang nak pinjam lappy, nak buat report untuk keje dia).

Aku nak mintak maaf  jugak kat sape2 yang terasa dengan aku. Sememangnye aku ni memang kasar and suka buat hal sendiri. kalau tengah marah, macam2 boleh terlepas dari mulut kan? Entah besok lusa aku dah takde ker. Kita tak tau kan? Sometimes aku ni memang berkasar. And sometimes jugak aku tak boleh terima gurauan yang kasar. Ikot mood jugak lar. Jangan melebih2 sudah lah. Seburuk2 perangai orang2 yang aku kenal, aku tak pernah sikit pun sebarkan kat sape2 even nama dia or apa2 pasal dia. Tapi Why la dia sanggup cerita segala benda buruk aku kat orang lain? 

Aku mintak sangat, tolong jangan mengada2 kan cerita yang tak ada. AKu update bukan nak mengungkit. Tapi aku nak luahkan jer ape yang aku rasa. Aku baca segala benda even aku ni dipanggil STALKER.
Takpe, aku tak kesah. Tapi dalam tak kesah aku tu, aku rasa sebak sangat. And sekali lagi aku nak mintak maaf to sesiapa yang baca blog aku and terasa apa yang aku taip nih. Apa yang tertulis. tu lah yang sejujur2 nya. ( skema tak habis lagi ). Blog Tak boleh menipu. Sekian.

Tuesday, April 19, 2011

Kuih Karipap Giant

Kenapa aku panggil kuih karipap giant? sebab belum pernah lagi aku jumpa kuih sebesar tapak tangan aku. haha!! selalunya kecik jer. Kali ni, makan tengahari, aku rasa macam makan nasi sepinggan penuh walaupun seketul karipap jer. Sebelum ni member aku yang beli dulu. terkejut gak bila dia ckp "Nasya! Nak rasa tak?" aku pon terkejut bila ternampak kuih karipap yang dia pegang tuh. hehe!! Boleh tahan gak, sebab tak silap aku, inti dia bukan kentang kari karipap biasa, tapi 2 biji telur rebus and lada hitam macam2.


Besar kan? hehe!!

Kalau nak sedap lagi, aku just cicah dengan sos pencicah. Sangat2 best!!!


Inti Dalam Karipap yang dah letak "Sos Pencicah"


Inti Telur Kosong

Selain daripada Selayang, aku tak tau kat mana lagi jual Karipap Giant ni. Kalau ada pun inti Ayam and Sardin yang baru aku jumpa kat Tecso Mutiara Damansara. Tapi aku tak beli hehe!! sebab aku lagi suka yang ni. Kedai yang jual karipap giant ni hari2 dia jual, tapi kalau lambat, kompom habis. Awal pagi lagi dah habis. Aku pun kirim kat Membe jer. hehe!! Kalau korang rajin, boleh buat SDN.BHD. Bukan la hari2 aku makan kuih ni. Baru makan separuh pun tak habis. So, happy reading guys. bye!!!

  

Sunday, April 17, 2011

Marche Restaurant @ The Curve.

Hari tu, aku and family saje jer jalan2 kat The Curve. Lalu la kat Restaurant2 yang mahal2. haha! memang sengaja je lalu situ. Terjumpa satu Restaurant ni penuh dengan Buah-buahan Fresh2. So, kitaorang dah terget nak masuk kedai tu bila jalan2 kat situ lagi. Hari ni baru la kitaorang dapat masuk kedai tu. sebab kedai kat situ memang mahal gila. sekali skala boleh la kan? kalau hari2 mau tak botak kepala!! haha!!


Pineapple. my Fav.



Suasana Dalam Marche. macam pasar kan? hehe!!



DragonFruit kakak aku.



Mush Crepe.

Kitaorang makan kat sini, share 4 orang. And ni la  yang kitaorang share. Takpe, Sharing is Caring. hehe!!
Kitaorang saje nak merasa. bukan nak menunjuk. Klaau korang ada duit banyak. try la makan kat sini okay!! hehe!!!











ANd last skali kiteorang punya bil


hahaha!!! Walaupun kitaorang share makanan tu. Kedai ni memang sangat3x mahal tau!
Then kitaorang pun pegi beli bahan2 untuk buat benda ni hehe!! takde la Makan mahal2 lagi!!
ok, bye!!!


Saturday, April 16, 2011

To Filem Negara Malaysia

Macam biasa, kadang-kadang lecturer akan bawak kitaorang pegi melawat mana2 tempat yang best2. So, hari ni aku nak share dengan korang pasal Filem Negara Malaysia kat Petaling Jaya. Maybe ade yang pernah pegi, ade yang tak pernah pegi. Korang perasan tak iklan yang kat tv tu? lagi2 iklan Pak Abu tu. Haa!!! Pak abu tu memang wujud. Dia lah pengarah kat Filem Negara Malaysia ni. Tapi aku takde la gambar dia. coz dia takde tadi. hehe!


10 Gagak Hitam. 

Gambar ni aku dah edit pakai CS4. sebab tu dia nampak macam kecik sikit. Banyak iklan yang kitaorang sempat tengok sebelum dorang tayang kat tv. Kira bertuah lah tuh. hehe!!! (Sebelum bertolak.)


Mesin Edit zaman dulu. ( animasi sang kancil )



Tulang filem








Kilang Tulang filem.




 Banyak gak iklan yang kiteorang sempat tengok sebelum kua kat tv. hehe! nanti kalau ade pegi kat tempat best2 lagi, aku share lagi okay.! bye!!!




Wednesday, April 6, 2011

Kenapa Saya Suka Emily The Strange??

Kenapa saya suka Emily The Strange?



 Sebab saya suka character dia yang comel ( even nampak seram ) tapi saya tetap suka!!! hahah!! Aku ni memang suka jenis yang gothic2 ni ( seram ) sebab?? aku memang minat dari form 2 lagi. Bukan sebab terpengaruh macam budak2 zaman2 dulu pakai socks Belang2 macam kuda belang ok!!( aku bukan mengutuk, tapi nak Flashback ). Aku ni jenis yang suka buat bersungguh2. Sometimes rasa malas, tapi aku buat jugak. (Errr, ni dah cite lain dah ni..) ok! sambung cerita lar. Ehh! kalau cerita panjang2 pun, korang malas nak baca. hehe!!  Kasi cuci itu mata aaa..


Agaknya macam ni ker dia?? hehe!!


Aku pun tak seberapa tahu pasal Latar belakang character Emily ni. Yang aku tau
"Emily did not look tired or happy. She looked like she always looks. Strange."

Yes!! dia memang pelik. And dia pun tak nampak happy. Kenapa?? Aku pun tak tau. hehe!!


Identiti? hehe!!

Kalau tak silap aku, Emily ni sebuah character yang berdasarkan cerita dalam komik tak pun novel. Tapi semuanya dalam English. Aku bukan tak nak beli, tapi dah semua English. Ada bahasa aku pernah dengar, ada gak bahasa aku baru tau. (Alasan, malas nak bukak kamus) hehe!!


Tengok, dia tak pernah senyum pun. 

Emily jugak duduk dengan kucing-kucing kesayangan dia. Kita pun suka kucing jugak kan? Setengah orang Alahan bulu kucing ( bukan takut ) hehe! Itu sebab la kenapa aku suka sangat dengan Emily The Strange ni. so! Enjoy your reading k!! bye!!





                                      


Tuesday, April 5, 2011

Teringin Nak rambut Panjang Macam Dulu! [ Ending ]

Ok, kita sambung balik pasal rambut tadi. Korang dah tengok rambut aku kan? sekarang kita tengok rambut kegemaran aku pulak. Maybe jadi kegemaran korang jugak ( untuk perempuan sahaja ) kalau lelaki nak pun boleh jer. heheh!!


Tu dia aku curi kat Google.

Rambut yang hitam dan panjang. And aku suka rambut yang kusut jugak. Percaya tak? Aku tak pernah sikat rambut lepas cuci rambut even baru bangun tidur pun. Bukan malas, tapi memang suka rambut yang kusut tapi cantik.


Arghhhh!!! Aku akan menjerit dan menjerit kalau tengok rambut macam ni.


Oww! korang jangan tengok tempat lain. Sila fokus pada rambut! hehe!!!


Ini juga. Sila fokus pada rambut. hehe!!!


Ini mungkin Color Rambut aku yang sekarang. tapi panjang masih paras bahu.



Jangan seram pulak. Aku takkan Makeup mata Setebal ni. hahaha! 
(ayat nak Skema habis!) 


Ni pun ok gak, tapi Aku sekarang bukan zaman2 Emo dulu. ( Zaman sekolah dulu )


Tu dia! kalau aku color macam ni. Memang lepas tu aku kena botak! haha!!

So, lepas ni aku takkan potong rambut lagi. Aku suka tengok orang rambut panjang paras pinggang then style kan rambut even serabai. Oklah, ini saja untuk hari ni ye kawan2..Sila tinggalkan komen anda serta klik pada butang follow di kiri. Sekian. bye!!!











Teringin Nak rambut Panjang Macam Dulu! [ Part 1 ]

Aku memang rindu kan rambut yang dulu. Sumpah menyesal Gila Potong. Sejak tahun 2008 aku potong, sampai sekarang potong, dan potong lagi!!
Aku dah nekad tak nak potong rambut tahun ni, kecuali rambut depan. bila dah panjang, aku tau la nak buat apa nanti. hehe!!

Dulu rambut aku macam ni


2008
See! ni sumpah aku, macam orang lain kan? hehe!! 


Aku dah cakap, ni aku. Korang tak nak percaya. hehe!!
Ni tahun 2008 jugak. zaman emo2. ( ahh! emo ker? )


Paling aku suka. Sebab dia panjang! lol


Okay nasya! jangan nak bajet ah moi sangat eh? heheh!!
masa ni baru keluar saloon, rambut emo2 belum siap lagi. Tapi dah nampak Nipis Bahagian bawah.


Yeah!! lagi suka yang ini jugak!! Look Into My eye! hahah!!

and Sekarang rambut aku dah potong pendek, Aku tak suka potong rambut kat mana2 kedai or Saloon.
Aku lagi suka potong sendiri sebab jimat kos! hehe!! tak lah!
Kalau potong sendiri, boleh ikot citarasa sendiri. kalau Potong kedai, kena tunjuk Gambar baru boleh potong.

Hehe!! ini saja untuk hari ni, kejap lagi aku sambung. bye!!






Saturday, April 2, 2011

Tengok Live Band @ club 7 Sri Hartamas with Rockers!! yeahh!!!

Statement saya pada hari ini adalah ( apehal aku nak cite macam ni plak? tak cool la! bahhaha poyo gile! )
Ok, macam ni, tiap2 minggu aku akan ikot kakak aku pegi kerja. Then, tiap2 minggu aku akan duduk tepi stage sambil melihat orang sedang bekerja ( live band saje okay!! )
Selalunye Drummer live band tu orang yang same. tapi semalam, kene Replace. Nak tau tak sape yang ganti?
jeng..jeng..jeng.. 

Adakah Awie? 


( eh, awie drummer ker? )

Adakah Abang Mie Az?


Eh!! ni bukan die!
Aaaa baru betul..


 (drummer Rock of Ages ketika dulu )

 or

 Travis Barker?

Fuyohh! terkejut aku kalau die datang replace 1 hari. hahah!!!

So, ini bukan la orang2 nye, korang nak tau sape eh?
Aaaaa....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tu dia Rockers kite!! 


Nasfa Pae From
 Projek Pistol!!


Sumpah laju gila die main drum,
lagu yang slow pun boleh laju. semput kakak aku nak nyanyi.. heheh!!


Ni pon Rockers gak. tapi rockstar. hahhaa!!
ni bukan aku. ni kakak aku :p

So, ini jer yang aku nak share dengan korang pada hari ini. Harap korang Enjoy bace Blog aku yang tak seberapa ni.. bye!!!