Tuesday, May 31, 2011

Bila Dah Lapar!! [ season 1 ]

fuh..!! memang teringin nak makan macam-macam. nak itu, nak ini. seminggu ni jer aku makan roti gardenia + soya bean berkotak2 nak hilang kan rasa lapar *padahal aku dah takde duit nak pegi makan. beli handphone punye pasal. haha terpaksa ikat perut sikit. takpe, cabaran tu. ok, sambung carita pasal makan.

Dalam bab makan ni memang aku suka lah kan? tapi aku paling tak suka sebab, lepas makan mesti menyesal. bak kata kawan bapak aku masa aku kecik-kecik dulu *ni yang aku menyampah ni, asal makan jer kenyang! asal makan jer kenyang. hahha!! harr..!! kalau tak makan kang, kurus keding pulak.

ok, jom kita tengok menu best untuk hari ni. ;p


kalau aku tengok nasi lemak ni, aku mesti teringat nasi lemak kat CC SummerSurf kat metro kepong. Gila! sambal dia sedap gila! haha, tambah ayam lagi macam KFC.



Waffer A&W. teringat pulak masa dating sambil melihat BB WALK depan maybank.

alamak, tak dapat nak update panjang2 sebab laki aku dah call nak pegi CC. aku lapar gila, boleh melantak nasi lemak summersurf!! haha! nanti aku sambung lagi k? bye alls!!

                                                    Bersambung...

Saturday, May 28, 2011

Updates!! [pendek dan ringkas]

Sorry dah lama tak update blog. blog pun dah berhabuk. dah nak habis sem 2 ni, agak busy and tension. kerja buat sorang2, segala-galanya buat sorang. bila dah siap, kena reject lagi buat baru. now tengah cari balik segala scene ( kartun ) yang dah lukis. entah mana letaknya pun tak tau. huhu!!






Yes! adakala sampai satu hari aku tak tido sebab final project. Sampai nangis2 mengamuk. tapi aku teruskan jugak. walaupun besok Pra Presentation, aku habiskan hari ni jugak. bila dah tunjuk dengan keadaan yang belum tido depan lec, dia tersenyum, then kena buat baru, hahahah!! makin tension!!!!!. tapi aku sahut jugak cabaran. takde benda senang pun. percaya tak? tengah2 aku buat final project yang baru tu.. boleh pulak aku tertido...






hahahah!! ini macam la rupa aku kalau tengah tido semalam agaknya.  Ok la korang, jap lagi aku nak keluar ke The curve or Midvalley. tengok keadaan macam mana. ingat  nak pergi "HARI BELIA" kat putrajaya tu, tapi ramai sangat and jalan pun tutup.  nanti kalau dah reda sikit keadaan, aku update banyak2 okay!! bye!!!


Saturday, May 7, 2011

Happy Mothers Day

Ohh! dah masuk bulan 5 eh? baru aku perasan selama ni blog aku berhabuk. haha!! minggu ni aku tak dapat nak balik rumah (petaling jaya) sebab kena selesaikan semua Final project Kolej. Tapi!! aku still sempat wish kat mama Mothers day. :) bukan kat mama jer, kat ibu ( Alif Iskandar ) iaitu Salbiah Hassan. And tak lupe jugak untuk Mama Muhammad syah Irwan ( muhaiya ) , and aunty2 aku yang lain.


Kenapa aku pilih bunga orkid? sebab mama aku suka bunga orkid, and mama shah pun suka bunga orkid. sebab aku nampak mak dia tanam kat depan rumah beliau!! hehe!! 


My Mom! Nor Kamsiah Ishak

Ohh! ape lagi ek nak cakap? ha! Sayangilah ibu anda selagi mereka masih ada. Ucapkan terima kasih atau selamat hari ibu itu sudah memadai bagi mereka dan membuatkan mereka tersenyum :) tanpa mereka, siapalah kita. ( aku dah nak nangis dah ni...) Ibu tiri, Ibu Mertua, semua insan yang bergelar ibu adalah sangat berharga. Ingat!! syurga dibawah telapak kaki ibu. :)

Lastly, aku nak cakap. "MELL SAYANG MAMA SANGAT-SANGAT!! I WILL ALWAYS LOVE YOU FOREVER MOM!!"

Lagi satu, tak lupa jugak for kakak aku yang tengah pregnant tuh. Happy mothers day to you!! lagi berapa bulan dah nak jadi ibu :p (ayat aku habis skema nih ) Even tak ada orang baca, tapi aku happy update blog aku sempena hari ibu :) bye!!!