Tuesday, June 7, 2011

Alhamdulilah! Akhirnya!!

Akhirnya tamat sudah semester 2 aku tahun ni. Exam pun sudah. Final pun sudah. sekarang aku tinggal nak L.i je (praktikal). haih, macam mana lah aku nanti kan? Entah busy ke, Kena buli ke? Harap2 takde lah benda2 macam tu. Kira sekarang ni aku dah di anggap MERDEKA!! la. Tapi belum lagi, sebab result tak keluar lagi. Tunggu je lar nasib ko wahai NJ ( Nasya Jasni ) kehkehhh!!


Sementara tunggu jumaat ni, aku sepatutnya dah pack segala barang dalam penjara ni ( rumah sewa ). Kenapa aku panggil penjara? sebab, makan pun dalam bilik, tengok movie pun dalam bilik. dengar lagu dalam bilik. Mandi ETC jer dalam bilik air. hehe!! bukan apa, malas lar nak keluar bilik. Takde benda yang menarik pun. Tu badan macam penguin! hahahah!!!!


Bosan betul la hari ni, tapi dengan udara yang nyaman, aku rasa cool jer. Depan mata ada bukit-bukit hijau, cantik jer mata memandang. lagi2 kalau baru bangun tido. Tapi apakan daya, mungkin minggu ni last aku ada kat sini. tahun depan ( semester 4 ) kemungkinan aku dah cari rumah lain. Walaupun rumah ni cukup dengan Guard, parking suma tu, aku still tak happy kalau duduk kat rumah. Kan dah cakap tadi, aku duduk dalam penjara.


Haih, ni betul2 luahkan perasaan ni. Yelah, mana lah tak nye. Aku jarang update blog. sebab tak tau nak share apa dengan korang.Aku happy bila datang kolej jumpa kawan2 jer. Aku jenis yang memilih kawan
 ( sama2 peramah and gila-gila ). Aku menaip ni pun belum tentu orang baca. tapi aku tak kesah, sebab aku sentiasa menulis, menaip. tak kesah la kat mana sekalipun. Sebab aku memang suka menulis. Tapi kalau dah malas tu,
memang tetap malas lah kan?

Sebenarnya motif aku harini nak cakap pasal Plan masa cuti nih. Aku nak cari partime sikit la, tapi apakan daya. ROADTAX KERETA PUN TAK HIDUP LAGI!!!! Aku ni jenis yang tak boleh nak melekat kat rumah. Ada duit ker, Takde ker, aku still akan keluar kemana-mana aku suka. Haih, tolong lah ye? Saman atas nama mak aku still tak Setel2 lagi. Kereta sekarang ni dah la ada satu jer. Tu pon dah tak panjang umur dah. Tolong lah ye? Cepatkan sikit Bayar ***** tuh. Kesian kakak aku, hari2 pergi kerja, sampai roadtax kete dia pun dah mati.

Ok lah, Baik kemas2 barang. Jumaat terus angkat jer. Nak bawak kereta balik Taman
 ( Petaling jaya ). So, happy reading ya!! bye!!!

Wednesday, June 1, 2011

Bila Dah Lapar!! [ season 2 ]

Alhamdulilah, dapat jugak aku melantak Nasi Lemak Summersurf kt metro kepong tadi. Lepas gian jugak lar nak makan Nasi Lemak sambal manis. Tapi hari ni sambal dia pedas la pulak. sebab makan kat luar kot. Yela, selalunya aku makan kat dalam cc. Makan sambil tengok movie. hehe! sambung cerita lar..

Sebelum ni korang dah tengok gambar waffer A&W kan? ok, jom kita jalan-jalan cari menu lain yang lagi menyelerakan. hehe!!!




Black Pepper Steak.

Cakap pasal Black pepper steak ni, aku ada try makan kat steak house selayang. Boleh tahan. best, kentang dia lembut. Then letak lain2 lagi. memang mengancam wooo!! nanti nak date ke hapa, makan kat situ je *Kalau la duduk selayang lagi. T-T ok. NEXT!!




Sup Meletop.

Pehh!! memang  meletop la aku cakap dengan korang. Lagi2 sup meletop depan 7eleven kat sg.Besi. Entah bila aku nak sampai cheras makan sup meletop lagi pun tak tau. aku terbayang2 tengah makan panas2. sssllluuurrrppp!!! hahah!! Nasib baik sekarang aku dah kenyang. -_-!





Sushi King Set.

AaaAaaaAaaa!! Nyum..nyum!! gila fav aku..hehe!! kadang2 jer aku makan, sebab tengah pokai. kalau dah nak sangat, aku beli jer kat giant tu. singget jer. hehe!!




Sotong Bakar,

adoih!! Lemah nafsu aku nak diet kalau macamni T-T. Lagi2 dapat makan yang fresh2 kat tepi pantai. Bagan Lalang ker. wahhh!!! dah, aku malas nak cakap banyak. kang makin banyak, macam2 aku tunjuk. So, sape yang tengah lapar tu, pegi lar serbu restaurant yang berdekatan!! jangan lupa bawak aku!! hehe!! bye!!!